Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Jom Ke Perpustakaan Cawangan Alor Gajah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rembia telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat komuniti pada 9 Ogos 2025 (Sabtu).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Merangkap Penyelaras Dun Rembia dan turut dihadiri YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 









