Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Membaca Komuniti Berjaya DUN Ayer Limau Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat komuniti pada 22 November 2025 (Sabtu).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Merangkap ADUN Ayer Limau dan turut dihadiri YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 








