AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
08.03.2024 | WORD SEARCH PUZZLE
Aktiviti penutup sempena cuti sekolah ini, telah diadakan satu lagi aktiviti iaitu ‘Word Search Puzzle‘ yang berlangsung pada sebelah petang bersama Abang Shafiq & rakan-rakan. Aktiviti ini menguji minda dan daya fokus seseorang dimana adik-adik diberi masa selama 20 minit untuk mencari seberapa banyak perkataan tersembunyi pada kertas yang diberi. Terlihat adik-adik memeras otak masing-masing untuk mencari perkataan yang tersembunyi itu
. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih semua kerana sudi datang bagi menceriakan suasana
. Semoga kita bertemu lagi pada sesi cuti sekolah akan datang








