KONVENSYEN PERPUSTAKAAN SE-MALAYSIA KE 25
PERPUSTAM telah menyertai Konvensyen Dwi Tahunan ini yang telah berlangsung pada 12 hingga 16 Julai 2024 di Johor.
YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen.
Hari 1 :
Konvensyen Perpustakaan Awam Se-Malaysia
Sesi ‘Town Hall’ bersama YBhg Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara
Kertas 1 : Peranan Perpustakaan Melalui Program Literasi Informasi Dalam Peningkatan Kesejahteraan oleh Puan Hanna Charenia George Masyarakat
Kertas 2 : Naratif Baharu Membina Malaysia Membaca oleh Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad
Bowling antara Perpustakaan
Hari 2 :
Program Semangat Berpasukan ( Sukan Teras antara Perpustakaan). PERPUSTAM menyertai acara Karom, Bola Tampar, Dart, Badminton dan Batu Seremban.
Hari 3 :
Program Semangat Berpasukan ( Campuran Semua Perpustakaan)
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Pandak Bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar
Sempena Konvesyen ini , PERPUSTAM turut mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 dengan mengadakan pameran produk-produk dan bahan Tahun Melawat Melaka 2024 serta membuat persembahan di Majlis Penutup Konvensyen dengan Lagu Tema Tahun Melawat Melaka 2024 iaitu Senandung Anak Melaka
Sebelum bertolak balik, Kontijen PERPUSTAM berkesempatan mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Johor dan juga Petrosains.
Terima kasih serta sekalung penghargaan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Johor selaku tuan rumah Konvensyen yang terbaik. Semoga ukhwah yang terjalin dikalangan warga perpustakaan awam se-Malaysia dapat diteruskan dan berpanjangan








