DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN
Friday, 2025
Cuti sekolah kali ini dimulakan dengan penuh keceriaan melalui pelbagai aktiviti menarik yang dikendalikan oleh Abang Khairin dan Abang Rafi. Kehadiran mereka telah menceriakan suasana dan menghidupkan lagi minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan, santai dan penuh dengan elemen pembelajaran.
Permulaan yang positif ini menjadi pembuka tirai kepada pelbagai lagi aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang cuti sekolah.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
28 Mei 2025| RABU
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyertai Reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 sebagai pempamer.
PERPUSTAM telah mempamerkan bahan mengenai kesenian dan kebudayaan masyarakat Negeri Melaka termasuk memberikan cenderahati istimewa iaitu Dodol Asli Melaka kepada pengunjung yang datang.
Selain itu, PERPUSTAM turut mengadakan aktiviti santai seperti Permainan Interaktif (Wall@Live & Robotik) serta Teka-Teki bertajuk “Meneka dalam Kesamaran”.
JOM ! Bersama-sama hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang bakal berlangsung sehingga 1 Jun 2025.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM sangat berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada warga Sekolah Rendah Api-Api, Johor. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta memupuk budaya cintakan ilmu dan membaca dalam kalangan pelajar sejak dari peringkat awal pendidikan.
Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan penerangan mengenai sejarah dan fungsi perpustakaan, kemudahan yang disediakan, serta pelbagai bahan bacaan dan teknologi maklumat yang terdapat disini. Aktiviti interaktif turut dijalankan bagi mencetuskan minat membaca dan memperkenalkan konsep literasi maklumat kepada para pelajar.
Perpustakaan Melaka amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak Sekolah Rendah Api-Api, Johor dalam memilih Perpustakaan sebagai destinasi lawatan sambil belajar. Diharapkan kunjungan ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para pelajar dan menjadi pemangkin dalam membina generasi celik maklumat serta berilmu tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang baik sepanjang lawatan ini berlangsung. Semoga jalinan silaturahim dapat diteruskan pada masa akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2025
Friday, 2025
Pada 28 Mei 2025, seramai 70 orang Pengawas Pusat Sumber daripada SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Tun Tijah telah menyertai Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber.
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pengawas tentang Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, Asas Kepimpinan, Tanggungjawab Sebagai Pengawas, serta membina keyakinan diri dalam mengurus Pusat Sumber Sekolah.
Suasana bengkel penuh dengan semangat, kerjasama, dan keterujaan sepanjang aktiviti berlangsung! 

Terima kasih kepada semua peserta, guru pengiring dan penganjur yang menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Syukur Alhamdulillah!!! Selesai sudah Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Lendu anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Persatuan Pustakawan Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah pada 24 Mei 2025.
Semoga dengan program ini dapat menyemai semangat membaca, menjadikan ilmu sebagai budaya dan perpustakaan sebagai tempat untuk semua lapisan masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti.”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah
Tuesday, 2025
Seronok habis peserta-peserta dan pengunjung-pengunjung semasa Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Lendu!!!
Banyak jugalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
– Pertandingan mewarna (Pra Sekolah/ Tadika, Tahap 1 dan Pendidikan Khas (Belia)
– Pertandingan “Book Tunnel Creation” iaitu projek seni yang mengubah buku menjadi landskap atau pemandangan 3 dimensi
– Pertandingan membuat wayang kulit menggunakan 3D Pen
– Bijak Matematik
– Pengenalan kepada u-Pustaka : u-Library
– Zon Interaktif bersama PERPUSTAM
– Jualan Buku
– Bercerita bersama Dr. Maya
– Pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Pejabat Pergigian Daerah Alor Gajah dan Kolej Komuniti Selandar
– Kaunter Hari Bertemu Rakyat dan pelbagai aktiviti-aktiviti santai!!!
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan jumpa lagi di program yang lain!!!
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Jumaat | 23 Mei 2025 telah berlangsung satu majlis penuh bermakna melibatkan Pegawai dan Kakitangan lantikan baharu PERPUSTAM yang melafazkan Ikrar Aku Janji, Ikrar Bebas Rasuah, serta menandatangani Akta Rahsia Rasmi di hadapan YBrs. Tuan Pengarah PERPUSTAM. Majlis ini turut disaksikan oleh Pegawai Integriti PERPUSTAM, menandakan komitmen penuh organisasi terhadap budaya kerja yang telus dan berintegriti.
Dalam amanatnya, YBrs. Tuan Pengarah menekankan peri pentingnya nilai-nilai integriti, tanggungjawab, akauntabiliti, komitmen terhadap tugasan serta semangat kerjasama berpasukan dalam membina kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat.
Semoga seluruh warga PERPUSTAM yang baharu dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah dan profesionalisme, demi memartabatkan peranan institusi perpustakaan di negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Dari Bertam Hulu, kini ke Masjid Tanah pula. Hari ini PERPUSTAM telah menapak di SM Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari pada 22 Mei 2025 bersempena dengan Karnival HEM. Macam-macam aktiviti menarik kami bawakan untuk bakal-bakal ustaz ini :
Terima kasih pihak sekolah atas jemputan dan layanan mesra.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Meriah habis program di Perpustakaan Desa Bertam Hulu tadi!
Majlis Perasmian Program Komuniti WRUR: Perpustakaan Di Hatiku, Buku Sahabatku sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Sungai Udang memang padu! ![]()
![]()
Macam-macam aktiviti menarik dijalankan:
dan banyak lagi slot yang bermanfaat dan menyeronokkan!
Terima kasih kepada semua yang turun padang & sokong program komuniti macam ni. Jumpa lagi di lokasi seterusnya! ![]()
![]()
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Program Komuniti WRUR Perpustakaan Di Hatiku, Buku Sahabatku @ PD Bertam Hulu
Monday, 2025
PERPUSTAM tampil dengan gaya baharu!
20 Mei 2025 di Majlis Perasmian Program Komuniti WRUR Perpustakaan Di Hatiku, Buku Sahabatku @ PD Bertam Hulu, sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Sungai Udang, kami bawakan sesuatu yang fresh untuk komuniti!
Jom terokai Zon Interaktif Bersama PERPUSTAM – ADA Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR), Wall@Life, Matt@Life, CodBits Coding, Permainan Robotik – Sumo Robot, serta promosi Zon Digital PERPUSTAM dan u-Pustaka : u-Library yang pasti buat pengalaman membaca jadi lebih seronok dan penuh gaya!
Jumpa kami di lokasi seterusnya!
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti.”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














