17 OKTOBER 2023 (SELASA)
TAHNIAH diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka diatas kejayaan Pengauditan Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM pada 16-17 Oktober 2023. Terima kasih diucapkan kepada juruaudit SIRIM dan seluruh warga PERPUSTAM diatas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi pengauditan tersebut.
Semoga PERPUSTAM akan terus maju pada masa akan datang dan kekal relevan kepada masyarakat setempat.
TAHNIAH PERPUSTAM!!!
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
No Comments
Lawatan sambil belajar dari Sekolah Kebangsaan Jasin & Sekolah Kebangsaan Sri Lanang
Wednesday, 2023
17 OKTOBER 2023 (SELASA)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN & SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LANANG yang diwakili seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Lawatan Berpandu

2) Bengkel Motivasi 
3) Aktivit Berkumpulan 
Sangat seronok adik-adik semua melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut!
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Lawatan dari Sekolah Kebangsaan Gangsa
Wednesday, 2023
17 OKTOBER 2023 (SELASA)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menerima lawatan dari SEKOLAH KEBANGSAAN GANGSA. Seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring hadir untuk lawatan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1) Lawatan Berpandu 

2) Bengkel Motivasi 
3) Aktiviti Berkumpulan 
Sangat seronok adik-adik semua melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut!
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Hari pertama Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015
Tuesday, 2023
16 Oktober 2023 (Isnin) – Hari pertama Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 telah dijalankan pada hari ini yang diwakili oleh 2 auditor daripada pihak SIRIM. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Smart Melaka International Expo (SMIX 2023) 2
Tuesday, 2023
Smart Melaka International Expo (SMIX 2023)
Kan dah cakap , reruai PERPUSTAM turut kena serbu dalam SMIX2023 
Berikut adalah aksi-aksi adik-adik berserta dengan guru pengiring dan ibu bapa yang hadir ke reruai PERPUSTAM untuk mencuba menggunakan perkhidmatan yang berteraskan teknologi seperti Virtual Reality ( VR) , Augmented Reality ( AR) , Wall Live , Mat Live, Coding Games dan banyak lagi.
Kepada yang belum singgah, meh ler singgah MITC di Hall A cari kami di reruai No 15 yang pastinya menjanjikan keseronokan belajar dan bersantai menggunakan teknologi terkini . Esok 15 Oktober adalah hari terakhir…Jommm


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Program Jom Santai@Perpustakaan
Tuesday, 2023
Majlis Perasmian Program Jom Santai@Perpustakaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan Alor Gajah
Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Perpustakaan Cawangan Alor Gajah

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Program Jom Santai@Perpustakaan
Tuesday, 2023
Program Jom Santai@Perpustakaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan Alor Gajah
Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Perpustakaan Cawangan Alor Gajah

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Pada 13 Oktober 2023 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Kerja-kerja Elektrik, Menaiktaraf Sistem Audio dan Pencahayaan Audi Lekir dan Lain-lain kerja Berkaitan di Dewan Lekir, PERPUSTAM. Turut hadir YBrs Encik Ishak Bin Yunus mewakili Pengarah JKR Melaka yang menyerahkan projek kepada YBrs Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
SMART MELAKA INTERNATIONAL EXPO (SMIX 2023)
Tuesday, 2023
SMART MELAKA INTERNATIONAL EXPO (SMIX 2023)
PERPUSTAM turut menyertai SMIX2023 dengan mengambil bahagian sebagai pempamer yang akan berlangsung pada 12 Oktober sehingga 15 Oktober 2023. PERPUSTAM mengambil kesempatan untuk mempromosi bahan digital dan perkhidmatan yang berteraskan teknologi seperti Virtua Reality ( VR) , Augmented Reality ( AR) , Wall Live , Mat Live, Coding Games dan banyak lagi.
Hari pertama , reruai PERPUSTAM dah kena serbu oleh pelajar-pelajar sekolah
. Meh ler singgah MITC di Hall A cari kami di reruai No 15 yang pastinya menjanjikan keseronokan belajar dan bersantai menggunakan teknologi terkini.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Pameran Bas Pustaka Digital
Tuesday, 2023
Pameran Bas Pustaka Digital
Hi semua
Semalam 11 Oktober 2023 telah berlangsungnya Pameran Bas Pustaka Digital Sempena Karnival Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar, Melaka. Diantara aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival tersebut adalah :-
a) Pengenalan Pameran Bas Pustaka Digital
b) Pembelajaran ICT
c) Kuiz Perpustakaan
Semoga dengan kehadiran pihak PERPUSTAM dapat memberikan peluang dan ruang menyebarluas pengetahuan ICT terhadap murid-murid di Sekolah seluruh Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti














