11 OKTOBER 2023 (Rabu)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk membuat Pameran Perpustakaan sempena Program Santun Komuniti Madani Siri 4 anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim Melaka. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong. Turut mengiringi YB Datuk Mohd Noor Helmy melawat ke reruai PERPUSTAM ialah YBhg En. Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan YDH Meor Hassan bin Datuk Haji Mat Ali, Pengerusi Eksekutif Koperasi Majlis Mahasiswa Anak Malaysia Profesional Melaka Berhad (KOMAMPRO)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
No Comments
05 October 2023 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menerima lawatan dari negeri jiran kita iaitu Sekolah Kebangsaan Api-Api, Johor . Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring hadir untuk lawatan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1) Lawatan Berpandu

2) Bengkel Literasi Maklumat
3) Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Program Karnival Semarak Cinta Rasul
Tuesday, 2023
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM ) telah menyertai pameran dan jualan buku pada 30 September dan 1 Oktober 2023 di Program Karnival Semarak Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka.
Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman yang turut melawat reruai pempamer termasuk reruai PERPUSTAM. Turut mengiringi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ybhg Datuk Badaruddin Bin Mohd Kassim dan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka yang juga Pengerusi PERPUSTAM, YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2023
Tuesday, 2023
SALAM MAULIDUR RASUL 1445H
Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.
Mari kita bersama-sama berselawat ke atas Baginda SAW.
PERPUSTAM turut menghantar Kontijen menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2023 yang bertemakan ‘PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI’ dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit sehingga Dataran Pusat Islam Melaka.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Program Komuniti Masyarakat Berilmu, Negara Dipelihara anjuran PERPUSTAM dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Durian Tunggal
Tarikh: 23 September 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Dewan Kompleks Japerun Durian Tunggal


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Program Komuniti Masyarakat Berilmu, Negara Dipelihara anjuran PERPUSTAM dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Durian Tunggal
Tarikh: 23 September 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Dewan Kompleks Japerun Durian Tunggal






- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
LAWATAN DARI SMK AGAMA BANDAR PENAWAR
Monday, 2023
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah menerima kunjungan dari pelajar-pelajar dan guru-guru daripada SMK Agama Bandar Penawar Johor Darul Takzim
1. Lawatan Berpandu
2. Bengkel Literasi
3. Aktiviti dan Kuiz ?
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
SMK Bukit Katil dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber dan Bengkel Perolehan Bahan pada 13 September 2023. Terima kasih diucapkan kepada Pengawas PSS yang telah memberikan komitmen yang sangat cemerlang sepanjang bengkel tersebut. Semoga menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan selamat menjalankan tugas!

Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber dan Bengkel Perolehan Bahan 2
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
13 September 2023 (RABU)
Lawatan dari Tabika Perpaduan Taman Paya Rumput , Tabika Perpaduan Paya Rumput Melati dan Tabika Perpaduan Paya Rumput Melati B
Aktiviti yang dijalankan :
1) Kuiz
2) Menyanyi dan Menari
3) Spoon in the Dark Challenge
4) Wall@live Session
5) Jom Baca Bersama
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka(PERPUSTAM)

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengadakan Pameran bertemakan Sorotan Kemerdekaan sempena Program Bicara Citra Merdeka di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman.
Turut diadakan Kuiz Kemerdekaan, penerangan perkhidmatan perpustakaan seperti U – Pustaka, promosi keahlian dan khidmat nasihat perpustakaan.

Pameran bertemakan Sorotan Kemerdekaan 2
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti














