PROGRAM WORLD QURAN HOUR 2026
Thursday, 2026
11 Mac 2026 (Rabu) – Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bersempena Program World Quran Hour Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/ 2026M telah diadakan di Masjid Al-Azim Bukit Palah, Melaka. Tetamu kehormat TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyerikan majlis.
Program yang diadakan secara serentak di seluruh Negara dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya. Misi surah Al-Muzzammil telah dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan masyarakat yang bertemakan ‘membentuk manusia sebelum membina dunia’.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Pelancaran Nilam 2026
Wednesday, 2026
PAMERAN DI SK SERI MENDAPAT
09 Mac 2026 (Isnin) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) hadir ke Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat untuk mempromosikan perkhidmatan PERPUSTAM sempena Majlis Pelancaran Nilam 2026.
Antara yang dipersembahkan kepada adik-adik SK Seri Mendapat adalah :
Semoga pameran ini memberi peluang kepada adik-adik kita menikmati hiburan berunsur pendidikan.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah SK Seri Mendapat atas jemputan serta layanan mesra sepanjang program berlangsung. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti, Uncategorised
World Quran Hour 2026
Friday, 2026
Pada 21 Ramadan 1447H bersamaan 11 Mac 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari, program World Quran Hour 2026 akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.
Program ini mengangkat konsep Baca • Faham • Tadabbur • Amal, dengan Surah Al-Muzzammil sebagai surah pilihan tahun ini. Bacaan dan tadabbur surah ini menjadi pemangkin dalam memperkukuh hubungan kita dengan Al-Quran serta menyemai penghayatan dalam kehidupan seharian.
Ayuh bersama-sama kita:
Segalanya demi merealisasikan misi:
“MengQURANkan Bangsa, MengIKHLASkan Ummah”
Daftar penyertaan anda di pautan berikut:

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
KAFE UNTUK DISEWA
Tuesday, 2026
PELUANG NIAGA DI PERPUSTAKAAN DIGITAL PERPUSTAM!
PERPUSTAM kini membuka peluang kepada pengusaha kafe dan peniaga makanan yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Perpustakaan Digital, lokasi strategik dengan pengunjung harian yang ramai!
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Pencapaian Cemerlang SPAN 2025
Monday, 2026
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka cemerlang meraih skor tertinggi setakat ini dalam Indeks Komposit Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) bagi tahun 2025 dengan memperolehi 98.31%
Pencapaian cemerlang ini mencerminkan komitmen berterusan PERPUSTAM dalam memperkukuh tadbir urus dan amalan nilai yang berkesan.
Kecemerlangan ini semestinya akan terus menjadi kayu ukur dalam memastikan pengukuhan amalan nilai berteraskan integriti, penekanan terhadap aspek psikologi dan kerohanian bagi melahirkan warga kerja yang beretika, seimbang dan berdaya tahan sentiasa dipertingkatkan.
Tahniah dan syabas kepada semua diatas kejayaan ini

Pencapaian Cemerlang SPAN 2025
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan
Monday, 2026
Selamat Menyambut Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan! 
Hari ini merupakan Hari bersejarah dimana tarikh kemerdekaan Tanah Melayu diumumkan di Bandar Hilir, Melaka pada 20 FEBRUARI 1956.
Ayuhlah kita bersama-sama mengenang jasa para pejuang kemerdekaan demi mengekalkan keharmonian negara tercinta. 

Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan 2026
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Tahun Baru Cina 2026
Monday, 2026
PERPUSTAM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 kepada mereka yang meraikannya. Semoga sambutan tahun baru ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran untuk kita semua.
Ucapan Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).

Tahun Baru Cina 2026
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
KONDA KONDI SUKAN ANTARA JABATAN 2026
Monday, 2026
Konda Kondi, Game Legend – Sukan Antara Jabatan 2026!
Siapa sangka permainan tradisional masih mampu gegarkan suasana!
Sekali pukul, terus gegar gelanggang!
Di pentas Sukan Antara Jabatan 2026, warga PERPUSTAM buktikan bukan sekadar hebat dengan buku, turun padang pun tetap padu
Warisan dijaga, semangat diperkasa!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Monday, 2026
13 Februari 2026 (Jumaat) – Satu Majlis Perpisahan telah dianjurkan bagi menghargai para pelajar praktikal yang telah menamatkan tempoh Latihan Industri mereka di PERPUSTAM dengan jayanya. Majlis ini diadakan sebagai simbol penghargaan serta tanda terima kasih atas komitmen, kesungguhan dan sumbangan berharga yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan mereka di PERPUSTAM.
Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut adalah seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, seluruh warga PERPUSTAM dengan penuh keikhlasan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.
Semoga pengalaman serta pengetahuan yang diraih sepanjang menjalani latihan di PERPUSTAM dapat menjadi bekalan yang bernilai dalam meneruskan pengajian dan melangkah ke alam kerjaya pada masa hadapan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti















