Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka cemerlang meraih skor tertinggi setakat ini dalam Indeks Komposit Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) bagi tahun 2025 dengan memperolehi 98.31%
Pencapaian cemerlang ini mencerminkan komitmen berterusan PERPUSTAM dalam memperkukuh tadbir urus dan amalan nilai yang berkesan.
Kecemerlangan ini semestinya akan terus menjadi kayu ukur dalam memastikan pengukuhan amalan nilai berteraskan integriti, penekanan terhadap aspek psikologi dan kerohanian bagi melahirkan warga kerja yang beretika, seimbang dan berdaya tahan sentiasa dipertingkatkan.
Tahniah dan syabas kepada semua diatas kejayaan ini

Pencapaian Cemerlang SPAN 2025







