MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Tuesday, 2025
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
17 Oktober 2025 (Jumaat) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan rasa penuh penghargaan mengucapkan terima kasih kepada pelajar praktikal iaitu Cik Syakirah binti Jaffarul Rizal yang telah menjalani latihan di PERPUSTAM.
Segala pengalaman dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan amat dihargai. Kami doakan kejayaan berterusan dalam setiap langkah perjalanan anda!
Semoga segala ilmu yang diperoleh di sini menjadi bekalan untuk masa depan yang cemerlang. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan anda. Selamat maju jaya!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Friday, 2025
NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Kepada pengguna yang dihormati, perkhidmatan Perpustakaan Negeri akan DITUTUP pada 20 Oktober 2025 (Isnin) bersempena Cuti Umum Hari Deepavali dan akan beroperasi semula pada 21 Oktober 2025 (Selasa).
Manakala Perpustakaan Digital akan DIBUKA seperti biasa bermula jam 9.00 Pagi – 5.00 Petang.
Sekian, terima kasih.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
HEBAHAN PERTANDINGAN BERCERITA
Friday, 2025
HEBAHAN PERTANDINGAN BERCERITA
Anak-anak anda suka bercerita? Atau suka berimaginasi dan kreatif? Jangan sia-siakan kereativiti mereka! Meh ajak mereka sertai Pertandingan Bercerita Kreatif Kanak-kanak Sekolah Rendah. Cerita bertemakan Kisah Sejarah Melaka atau Cerita Rakyat.
Yang penting, mereka perlu ceritakan dengan penuh yakin dan ekspresi boleh juga guna kreativiti utk tambahkan props seperti tongkat atau peti? busana yg bersesuaian atau muzik.
Cepat, hadiah utama wang tunai 
RM500 serta banyak hadiah lain lagi! Mari sertai!
Borang Pendaftaran :
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENUH ILMU & CERIA
Friday, 2025
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENUH ILMU & CERIA
Lawatan ini bukan sekadar berjalan-jalan, tapi sarat dengan pengalaman awal pembelajaran literasi melalui pelbagai aktiviti interaktif dan menyeronokkan seperti:
Melalui pendekatan pembelajaran luar bilik darjah ini, anak-anak dapat mengenal dunia ilmu dengan cara yang lebih menyeronokkan, sambil menanam kecintaan terhadap buku dan perpustakaan sejak usia muda. 

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan! Semoga lawatan ini terus menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan generasi cilik. 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN DARI SMK PULAU SEBANG
Thursday, 2025
LAWATAN DARI SMK PULAU SEBANG
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Sebang yang melibatkan seramai 40 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan perpustakaan dalam menyokong proses pembelajaran dan perkembangan ilmu pengetahuan, khususnya dalam era digital masa kini.
Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah mengikuti dua aktiviti utama iaitu:
PERPUSTAM amat menghargai inisiatif pihak SMK Pulau Sebang dalam mendekatkan pelajar kepada budaya ilmu dan pembacaan melalui aktiviti luar bilik darjah seperti ini.
Pihak perpustakaan berharap lawatan ini telah memberi manfaat yang positif serta meninggalkan pengalaman yang bermakna kepada semua yang terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar SMK Pulau Sebang atas kunjungan ini.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Kempen Jom Baca 10 Minit
Wednesday, 2025
Warga PERPUSTAM dan pengunjung turut menyertai Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 sepanjang bulan Oktober 2025.
Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif, serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kempen Jom Baca 10 Minit secara serentak ini telah masuk minggu yang kedua sepanjang bulan Oktober 2025 bermula di antara jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dan ia turut diadakan di seluruh rangkaian PERPUSTAM.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Komuniti Membaca Memperkaya Ilmu, Memperkasa Komuniti
Wednesday, 2025
Alhamdulillah
, program yang penuh manfaat dan semangat kekitaan ini telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Klebang.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah
YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah serta
Pengarah PERPUSTAM, YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris.
Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan komuniti setempat, selaras dengan usaha memperkasa budaya ilmu di peringkat akar umbi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini khususnya para peserta, guru-guru serta agensi yang sentiasa menyokong inisiatif komuniti membaca.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN DARI SK BUKIT RAMBAI
Wednesday, 2025
PERPUSTAM dengan bangga menerima kunjungan adik-adik Pra Sekolah SK Bukit Rambai, Adik-adik disajikan dengan aktiviti menarik seperti:
Adik-adik sangat seronok dengan aktiviti yang disediakan
Terima kasih diucapkan.
Semoga lawatan ini jadi kenangan manis dan menyemarakkan minat membaca.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PAMERAN DI SK SERI DUYONG
Wednesday, 2025
PAMERAN DI SK SERI DUYONG
Sempena Program Mermaid Fun Run, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput bagi mengadakan pameran bertujuan menyemai minat membaca dalam kalangan murid serta memperkukuh budaya literasi di peringkat sekolah rendah.
Antara pengisian pameran adalah seperti berikut:
PERPUSTAM merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sokongan dalam memartabatkan amalan membaca dalam kalangan generasi muda.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN
Monday, 2025
TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN
PERPUSTAM telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran yang disampaikan oleh Encik Jeffery daripada Safety Protection Academy.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Jeffery atas penyampaian yang bermanfaat dan informatif. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan demi memastikan keselamatan bersama sentiasa terpelihara.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti















