Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Durian Tunggal Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat komuniti pada 29 Oktober 2025 (Rabu).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal dan turut dihadiri YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka beserta YBrs Encik Yahya bin Md Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Balai.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 









