Bukan sekadar buku – ada aktiviti menarik, ilmu bermanfaat dan peluang eratkan komuniti!
Ramai sungguh hari ini yang hadir ke Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Durian Tunggal Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal pada 29 Oktober 2025 (Rabu).
Pelbagai aktiviti disediakan:
– Pertandingan Mewarna (Pra Sekolah/ Tadika/ Tabika & Pendidikan Khas)
– Pertandingan Bijak Matematik (Tahap 2)
– Pertandingan Sand Art Rangoli (Tadika)
– Pertandingan Word Search (Dewasa)
– Pertandingan Gubahan Kain Batik (Dewasa)
– Permainan Dam Ular Gergasi
– Kuiz Roda Impian (Kanak-Kanak & Dewasa)
– Teka Berat Buku (Terbuka)
– Teka Jumlah Gula-Gula (Terbuka)
– Pengunjung Bertuah (Terbuka)
– Jualan Buku & Majalah serta Zon Interaktif PERPUSTAM
– Pameran Bas Digital Pustaka
– Pemeriksaan dan Pameran Klinik Kesihatan Durian Tunggal
– Saringan Pap Smear
– Pameran AADK Alor Gajah
– Pameran Giatmara Durian Tunggal









