30 JUN 2026 (SELASA) – Program Komuniti anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Institut Tun Perak (ITP), telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca, menggalakkan perkongsian ilmu, serta mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pelbagai agensi melalui pelaksanaan aktiviti yang bermanfaat. Sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta mencerminkan komitmen semua pihak dalam menjayakan program berimpak kepada komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sokongan dalam memastikan kelancaran penganjuran program ini.








