Bersempena Program Aspirasi Ilmu Untuk Semua Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( WRUR) Dun Telok Mas @ Perpustakaan Pekan Telok Mas, PERPUSTAM turut menjalankan promosi perkhidmatan u-Pustaka : u-Library
Promosi tersebut meliputi Bengkel Jom Teroka Dunia Digital : Eksplorasi U-Pustaka yang memberi pendedahan tentang cara mengakses pelbagai bahan bacaan digital dengan mudah. Selain itu, reruai U-Pustaka turut dibuka untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan serta membantu pendaftaran ahli baharu.








