HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
KHAMIS 4 JUN 2026
Aktiviti hari ini berlangsung dengan lebih meriah apabila penyertaan turut dibuka kepada ibu bapa. Pada sesi pagi, para peserta menyertai cabaran membina menara menggunakan cawan dan seterusnya membawa menara tersebut ke lokasi yang ditetapkan tanpa roboh atau musnah.
Pada sebelah petang pula, adik-adik berpeluang menghasilkan keychain mengikut kreativiti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Aktiviti ini memberi ruang kepada mereka untuk berkarya sambil mengasah kemahiran dan imaginasi.








