,
|
Alhamdulillah, hari yang penuh dengan aktiviti menarik bersama warga SMK Simpang Bekoh. Pelbagai pengisian dijalankan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan, interaktif dan membuka peluang kepada para pelajar untuk meneroka perkara baharu.
Semoga setiap perkongsian dan aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat serta menjadi inspirasi kepada pelajar untuk terus mencintai ilmu dan berani mencabar potensi diri. 
Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. Jumpa lagi di program akan datang! 








