Ramai sungguh hari ini yang hadir ke Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Hutan Percha Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Machap Jaya pada 21 April 2026 (Selasa).
Siapa kata perpustakaan hanya tentang buku saja? Pelbagai aktiviti menarik kami sediakan:
– Pakaian Beragam (Pra Sekolah/Tabika/Tadika)
– Mewarna (Pra Sekolah/Tabika/Tadika)
– Bijak Matematik (Tahap 1)
– Bengkel Asas Literasi Maklumat & Media (Tahap 2)
– Cantuman Kasih (Terbuka Berpasangan)
– Gubahan Kain Batik (Dewasa)
– Capteh (Terbuka)
– Kuiz Perpustakaan (Terbuka)
– Teka Berat Buku (Terbuka)
– Dam Ular Gergasi (Terbuka)
– Cabutan Bertuah (Terbuka)
– Pameran Perpustakaan/U-Pustaka/ Zon Interaktif/Jualan Buku & Majalah
– Pameran & Pemeriksaan Kesihatan
– Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
– Pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM)










