PERPUSTAM telah menerima lawatan 8 orang pegawai dan kakitangan daripada Akademi Kastam DiRaja Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan dan penyampaian perkhidmatan, sama ada secara fizikal atau digital.
Program bermula dengan taklimat daripada Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi dan Perkhidmatan Perpustakaan, diikuti tinjauan ke seluruh kawasan perpustakaan termasuk kaunter perkhidmatan, ruang teknologi maklumat dan pelbagai kemudahan digital terkini yang ada.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih atas kesediaan AKMAL mengadakan kunjungan ini. Semoga kunjungan ini dapat memberi faedah bersama dan membuka peluang kerjasama serta pertukaran ilmu yang lebih erat pada masa akan datang.








