BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU SINA
PERPUSTAM telah dijemput untuk menjayakan program kepimpinan yang melibatkan Pengawas Pusat Sumber Ibnu Sina di SMK Tinggi Perempuan Melaka pada 13 Mei 2026 (Rabu).
Program ini bertujuan membentuk sahsiah, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk nilai kepimpinan, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan pengawas pusat sumber. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan bagi melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, berilmu dan berketerampilan.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan diri serta memperkukuhkan budaya membaca dan kepimpinan dalam kalangan warga sekolah. 










