Suasana malam di Perpustakaan Digital Melaka semakin meriah sempena musim peperiksaan, terutamanya dengan kehadiran majoriti calon SPM 2025 yang hadir bagi melakukan persediaan rapi.
Dapat dilihat para pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap ulang kaji sambil memanfaatkan fasiliti yang disediakan di sini, termasuk akses digital, ruang pembelajaran yang selesa serta persekitaran yang kondusif.
Kesungguhan mereka belajar bersama rakan bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama, malah menunjukkan komitmen yang tinggi menuju kecemerlangan.
Semoga segala usaha gigih ini menjadi landasan kukuh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.








