Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Digital dan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan yang memeriahkan majlis pada hari ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada peserta dan pengiring Pertandingan Mewarna, Pertandingan Jejak Maklumat , Bengkel Literasi Maklumat, Bengkel Penulisan Ebook dengan Canva dan Sesi Perkongsian Bersama Ustaz Selebriti.
Kepada pempamer yang mengambil bahagian iaitu BERNAMA, Fargoes, K-Focus, Edu Apps dan Sasbadi terima kasih atas penyertaan dan sokongan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua rangkaian PERPUSTAM, agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah-Sekolah, Tadika dan semua pihak yang menyertai serta menyokong program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat negeri Melaka bagi tahun 2024.
Usai Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024, YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dibawa ke Perpustakaaan Digital diiringi oleh Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM serta Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM bagi gimik perasmian serta melihat ruang perkhidmatan di Perpustakaan Digital.
Kita jumpa lagi pada program pada tahun hadapan