AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
07.03.2024 | SEPERATION ANXIETY
Sesi petang ini diceriakan lagi dengan aktiviti ‘Separation Anxiety‘ bersama Kak Amirah dan Kak Arisha. Aktiviti ini sangat menarik dimana pihak petugas telah menyediakan chopstick, kertas berwarna yang digulung kecil (merah/hijau/oren) dan tiga pinggan kertas. Adik adik diberi masa 30 saat setiap seorang untuk mengasingkan kertas yang digulung itu mengikut kumpulan warna pinggan. Aktiviti ini mampu menguji kemahiran motor tangan, daya tumpuan serta kecepatan masa adik-adik. Semoga semua terhibur dan jumpa lagi pada aktiviti terakhir esok. Datang ya.