Lawatan dari Sekolah Seri Kuala Lumpur
Monday, 2024
PERPUSTAM menerima lawatan dari Sekolah Seri Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 35 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Sesi lawatan berpandu diadakan melibatkan persekitaran dalam perpustakaan negeri dan perpustakaan digital. Hal ini bagi memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi PERPUSTAM. Semoga dengan lawatan ini, para pelajar akan mulai minat untuk mengunjungi perpustakaan sebagai tempat pencarian sumber maklumat.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
JALINAN KERJASAMA BHEUU,JPM DAN PERPUSTAM
Monday, 2024
Pada 20 September 2024, satu sesi perjumpaan telah diadakan antara YBhg. Datuk Zamri Bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dan Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM bagi perbincangan kerjasama dalam pelaksanaan program antara BHEUU dan PERPUSTAM. Semoga perbincangan ini menjadi satu titik tolak kepada pelaksanaan program direalisasikan bagi memberikan manfaat kepada masyarakat.
YBhg. Datuk Zamri juga dibawa melihat perkhidmatan yang ditawarkan di PERPUSTAM dan sempat mempromosikan Pesta Buku Melaka 2024 yang akan berlangsung pada 25-29 September di The Shore Melaka.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Seluruh warga Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM ) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka
Kami mendoakan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dikurniakan kesihatan yang baik dan usia yang diberkati oleh Allah SWT.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Wednesday, 2024
17/09/2024 (Selasa)
Sesi Pagi : Aktiviti “Toy Ultra Light Clay”
Sesi Petang : Aktiviti “Ball In the Cup”
Terima kasih kepada adik-adik dan ibu bapa sudi memeriahkan aktiviti pada harini. Esok ada lagi aktiviti tau. Kami sedia hiburkan cuti sekolah Anda !
Mana lagi cuti sekolah ni
PERPUSTAKAAN LERR !
” “
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1446H / 2024M
Wednesday, 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1446H / 2024M
PERPUSTAM turut mengambil bahagian pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 yang bertemakan “Al Falah Pemacu Malaysia Madani”.
Perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah dan berakhir di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah.
Mari kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL S.A.W. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024M
Wednesday, 2024
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL S.A.W. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024M
PERPUSTAM turut menyertai karnival ini sebagai pempamer agensi yang berlangsung pada 13 hingga 17 September 2024 di Dataran Pusat Islam Melaka
Dalam pameran ini, PERPUSTAM mempromosikan Pesta Buku Melaka 2024 yang bakal berlangsung pada 25-29 September 2024 di The Shore.
PERPUSTAM turut membuat promosi keahlian perpustakaan, pameran dan jualan buku, pameran PERPUSTAM, Zon Digital PERPUSTAM , perkhidmatan u-Pustaka : u-Library dan perkhidmatan Interaktif Augmented Reality (AR) dan Virtua Reality (VR)
Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas jemputan
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
MAKLUMAN
Penyertaan Pertandingan Sempena PESTA BUKU MELAKA 2024 telah ditutup
Kan dah cakap daftar awal….tengok sekarang dah penuh….
Tak pe kita jumpa lagi tahun 2025 yer….
Tapi jangan lupa tau datang beramai-ramai ke PESTA BUKU MELAKA 2024
Mana lagi kita…..PESTA BUKU MELAKA LER
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Pesta Buku Melaka 2024
Tuesday, 2024
15 Hari Lagi!!!
PESTA BUKU MELAKA 2024
Orang Melaka!!
Pesta Buku Melaka bakal kembali menemui anda tidak lama lagi.
Bila tuu??
25-29 September 2024
10.00 Pagi ~ 10.00 Malam
The Shore Shopping Gallery Melaka
Mana lagi kiteeer… Pesta Buku Melaka lerrr..
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Aktiviti-Aktiviti Pesta Buku Melaka 2024
Tuesday, 2024
25-29 September 2024
10.00 Pagi ~ 10.00 Malam
The Shore Shopping Gallery Melaka
Aktiviti banyak, hadiah menarik…Jangan tunggu sampai penyertaan penuh, rebut peluang anda sekarang nanti menyesal!
Klik link pendaftaran setiap aktiviti:
BICARA BERIRAMA TAHAP 2
KALAM JAMAIE SEKOLAH MENENGAH
KALAM JAMAIE TAHAP 2
CHORAL SPEAKING SEKOLAH MENENGAH
PERTANDINGAN BINTANG CILIK TAHAP 2
PERTANDINGAN NASYID TAHAP 2
PERTANDINGAN NASYID SEKOLAH MENENGAH
PERTANDINGAN KARAOKE TERBUKA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
PERTANDINGAN TULISAN KHAT TAHAP 2
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK TAHAP 2
PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Pesta Buku Melaka 2024
Tuesday, 2024
Orang Melaka!!
Pesta Buku Melaka bakal kembali menemui anda tidak lama lagi.
Bila tuu??
10:00 pagi – 10:00 malam
25-29 September 2024
The Shore Shopping Gallery, Melaka
Mana lagi kiteeer… Pesta Buku Melaka lerrr..
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman