Bengkel Literasi Maklumat & Pengurusan Pusat Sumber Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Wednesday, 2024
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
Pertandingan Mewarna Tahap 2 Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Wednesday, 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
PERTANDINGAN MEWARNA
Program Jom Baca Bersama 10 Minit diwarnai dengan Pertandingan Mewarna (Tahap 2) bertempat di Mini Gimnasium Aras 1, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Sesi penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna (Tahap 2) adalah seperti berikut :
JOHAN : Nur Ellisya Qistina binti Muhd Fauzie (SK Bendahara Seri Maharaja)
NAIB JOHAN : Muhammad Akmal Rayyan bin Jumahirudin (SK Melaka Pindah)
KETIGA : Nur Raudah Umairah bin Jumahirudin (SK Melaka Pindah)
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir memberi sokongan kepada para peserta. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Mewarna (Tahap 2) pada hari ini.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
HARI TANPA DENDA
Monday, 2024
Sempena Hari Buku & Hakcipta Sedunia , PERPUSTAM berbesar hati untuk mengecualikan denda bagi pemulangan lewat berkuat kuasa pada 22 hingga 30 April 2024 di seluruh rangkaian PERPUSTAM.
Kepada yang sudah terlewat meminjam buku, ambil lah kesempatan ini untuk memulangkan buku.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
KUIZ PAMERAN MAYA
Monday, 2024
KUIZ PAMERAN MAYA
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT / LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES
Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes 2024 yang akan diadakan pada 23 April 2024 (Selasa), mari sertai Kuiz Pameran Maya Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes 2024.
Bagaimana cara hendak menyertainya?
Mudah sahaja, Anda perlu:
1. Mengimbas QR Kod Soalan pada poster yang disertakan di bawah ini.
2. Soalan akan disiarkan pada 23 April 2024 (Selasa) mulai jam 10:00 pagi.
3. Tarikh tutup penyertaan pada 24 April 2024 (Rabu) sebelum jam 5:00 petang.
4. Para pemenang akan dihubungi oleh Urus Setia pertandingan pada 29 April 2024 (Isnin)
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Waktu Operasi PERPUSTAM Sempena Aidilfitri 2024
Tuesday, 2024
Waktu Operasi PERPUSTAM Sempena Aidilfitri 2024
Tangan dihulur maaf dipinta,
Sesama kita hubungan dieratkan,
Semoga gembira di hari mulia,
Perpustakaan ditutup harap dimaafkan.
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Menghormati lagu Negaraku dan lagu Melaka Maju Jaya
Tuesday, 2024
Warga PERPUSTAM dan pengunjung perpustakaan berdiri tegak menghormati lagu Negaraku dan lagu Melaka Maju Jaya yang dikumandangkan pada setiap hari Isnin jam 10.00 pagi bagi menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan warga penjawat awam seiring dengan aspirasi YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Auditan bagi pensijilan semula MS ISO 37001 : 2016 Anti Bribery Management System ( ABMS) / Sistem Pengurusan Anti Rasuah
Tuesday, 2024
PERPUSTAM telah selesai menjalani auditan bagi pensijilan semula MS ISO 37001 : 2016 Anti Bribery Management System ( ABMS) / Sistem Pengurusan Anti Rasuah pada 5 dan 6 April 2024.
Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit dari SIRIM iaitu Pn Kamsiah Mansoor selaku Audit Team Leader , Pn Suri Yati Amran dan Encik Sethuraman Ramasamy selaku auditor.
Tahniah Warga PERPUSTAM atas pensijilan semula MS ISO 37001 : 2016
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
- 1
- 2