AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 16
Tuesday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
05.03.2024 | DIY: DESIGN YOUR DREAM CROWN
Hai adik-adik, kita bertemu lagi harini dengan aktiviti ‘Design Your Dream Crown‘ bersama Kakak Fatin. Aktiviti harini mudah sahaja, adik-adik perlu buat crown menggunakan kertas warna warni. Setelah selesai membuat crown, adik-adik perlu menghias crown menggunakan bahan yang telah disediakan . Terlihat adik-adik sangat kreatif dalam menghasilkan crown berserta hiasan Terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan suasana aktiviti harini. Esok ada lagi tau, meh ler singgah Perpustakaan
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 15
Tuesday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
04.03. 2024 | “FANTASTIC PAPER CREATIONS”
Aktiviti harini ialah “Fantastic Paper Creations” bersama Kak Ain. Aktiviti ini sangat menarik dimana adik-adik perlu membuat kraftangan dari kertas warna mengikut kreativiti adik-adik. Semoga adik-adik terhibur dan bertemu lagi esok. Bai Bai
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 14
Monday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
02.03.2024 | BENTO BOX
Kem Germ Buster Science Show dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bakal menutup tirai dengan aktiviti bertemakan “Bento Box“. Aktiviti terakhir ini sangat dimana adik-adik diberi peluang untuk belajar membuat roti sandwich yang sungguh sedap. Adik-adik juga diberikan pendedahan tentang langkah-langkah penyediaan makanan dengan cara yang betul. Terlihat adik-adik seperti seorang chef terkemuka ketika memakai apron dan topi chef yang disediakan. Bukan itu sahaja, roti sandwich adik-adik juga terlihat sedap untuk dimakan. Lepasni bolehlah adik-adik buat roti sandwich untuk ibu bapa masing-masing pula ya. Tapi jangan lupa jaga kebersihan tau. Semoga adik-adik dapat manfaat sepanjang Kem Germ Buster Science Show ini diadakan. Terima kasih kepada semua yang hadir.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 13
Monday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
01.03.2024 | TECH DAY
Secara tidak sedar, tinggal seminggu lagi cuti sekolah bakal berakhir. Aktiviti harini ialah “Tech Day” bersama Kak Hong. Aktiviti ini diadakan secara santai sahaja dimana adik-adik diberi pendedahan tentang Perkhidmatan Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) yang disediakan di Perpustakaan. Antaranya ialah Wall@live, ColorMat@live, Tree@live, Codbit dan VR. Terlihat adik -adik begitu teruja dan seronok menggunakan perkhidmatan ini.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 12
Monday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
29.02.2024 | ROLLING MARK
Aktiviti harini ialah “Rolling Mark” bersama Abang E-ONE. Aktiviti ini sangat menarik dimana adik-adik perlu mengulingkan bola pingpong masuk ke dalam cawan yang mempunyai markah tersembunyi. Setiap peserta diberi 3 percubaan sahaja. Markah yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Semoga adik-adik terhibur.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
- 1
- 2