Lawatan sambil belajar dari Tadika Al-Baghdadi
Friday, 2024
15 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Al-Baghdadi yang diwakili seramai 70 orang murid dan 7 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Persembahan Puppet
2) Kuiz Bersama Kak Tasya
3) Menari Bersama-sama
4) Sesi Bercerita Bersama Abang Adi yang Bertajuk “Helang Yang Angkuh”
5) Permainan Interaktif :
a) Wall@Live
b) Class VR
6) Tayangan MOVIE
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 2
Friday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
14.02.2024 | OTAK KAMUS
Aktiviti pada harini diberi nama “Otak Kamus” bersama Abang “D”. Permainan ini diadakan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan perlu meneka 10 soalan menguji minda yang diberikan oleh Abang “D”. Kemudian kumpulan yang menang akan berentap sesama sendiri untuk penentuan sebagai pemenang. Terlihat adik-adik seronok dan gembira menyertai aktiviti bersama Abang “D” . Terima Kasih kepada semua yang hadir. Jumpa esok ya adik-adik
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 1
Thursday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
13.02.2024 | WATERSPELEN
Cuti sekolah pada bulan ini diserikan dengan aktiviti “Waterspelen” bersama Cek Da. Permainan ini sangat mencabar dimana adik-adik perlu meniup bola ping-pong dari cawan ke cawan yang berisi air. Kesian adik-adik, kering anak tekak dibuli oleh Cek Da kita dalam permainan ini . Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semoga kita berjumpa lagi pada keesokan hari !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
08 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur, sempena Hari Kanak-Kanak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
1. Persembahan Puppet
2. Kuiz Santai bersama Abang Wan & Kak Tasya
3. Penampilan Khas Maskot “MrBook”
4. Jualan Buku
5. Pameran U-Pustaka
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Bengkel Literasi Maklumat & U-Pustaka
Thursday, 2024
Seramai 158 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas telah menyertai Bengkel Literasi Maklumat & U-Pustaka yang telah diadakan secara bersiri di sekolah itu baru-baru ini.
Bengkel Siri 1 diadakan pada 26.01.2024 telah disertai 47 orang murid; Siri 2 pada 31 .01.2024 disertai seramai 45 orang murid dan Siri 3 yang diadakan pada 07.02.2024 telah disertai seramai 66 orang murid.
Bengkel 3 Siri yang diadakan itu adalah bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan mencari dan menggunakan maklumat dengan betul serta kepentingan dan penggunaan U-Pustaka bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan bahan bacaan hanya di hujung jari sahaja.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjung Hormat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri
Wednesday, 2024
Pengarah PERPUSTAM menerima kunjung hormat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri . Perjumpaan yang turut disertai oleh pegawai kedua-dua agensi ini berkongsi peranan dan fungsi serta peluang bagi menjalinkan kerjasama. Semoga perjumpaan ini menjadi asbab kerjasama dapat dijalinkan dengan erat dan memberikan manfaat kepada masyarakat.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Tadika Sri Prisma, sempena Hari Terbuka
Monday, 2024
04 FEBRUARI 2024 (AHAD)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Tadika Sri Prisma, sempena Hari Terbuka. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
Permainan Interaktif:
1) Virtual Reality (VR)
2) Wall@Live
3) ColorMat@live
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
02 FEBRUARI 2024 (JUMAAT)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, sempena Hari Kanak-Kanak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
1. Persembahan Puppet
2. Kuiz Santai Bersama Abang Wan dan Kak Tasya
3. Penampilan Khas Maskot “MrBook”
4. Jualan Buku
5. Virtual Reality (VR)
6. Pameran U-Pustaka
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
MAJLIS BACAAN YAASIN
Monday, 2024
MAJLIS BACAAN YAASIN
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.
Rutin Warga PERPUSTAM bersama-sama dalam Majlis Bacaan Yasin setiap hari Jumaat yang mana kakitangan perpustakaan negeri membaca secara fizikal dan kakitangan rangkaian menyertai secara dalam talian.
Semoga warga PERPUSTAM mendapat keberkatan dalam tugasan dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Lawatan sambil belajar dari PASTI GENIUS HUFFAZ
Monday, 2024
31 JANUARI 2024 (RABU)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari PASTI GENIUS HUFFAZ yang diwakili seramai 80 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Persembahan Puppet
2) Kuiz bersama Kak Tasya
3) Menari Bersama-Sama
4) Sesi Bercerita bersama Kak Tasya yang Bertajuk “Taat Perintah”
5) Permainan Interaktif
a) Wall@Live
b) Class VR
c) Color Mat@Live
6) Tayangan MOVIE
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
” “
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
- 1
- 2