PELUNCURAN PERPUSTAKAAN BERGERAK
Peluncuran Perpustakaan Bergerak PERPUSTAM berkonsepkan Smart Mobile Library telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka pada 23 April 2026, bersempena Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka.
Inisiatif perkhidmatan terbaharu ini memperluas akses kepada bahan bacaan fizikal dan digital melalui kemudahan pintar, selaras dengan keperluan masyarakat masa kini.
Pendekatan Smart Mobile Library mencerminkan komitmen dalam memperkasa budaya membaca serta menyampaikan perkhidmatan perpustakaan yang lebih moden, inklusif dan berimpak tinggi kepada komuniti.









