Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Hutan Percha Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Machap Jaya telah berlangsung dengan begitu meriah pada 21 April 2026 (Selasa).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Merangkap ADUN Machap Jaya dan turut dihadiri YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 









