29 APRIL 2026 | RABU
PERPUSTAM telah mengadakan satu Taklimat Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) kepada kakitangan PERPUSTAM bertempat di Dewan Lekir. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr Mohd Ikram bin Abdul Aziz dan Encik Muhammad Eiqbalradin Bin Salehudin dari Klinik Kesihatan Ayer Keroh.
PERPUSTAM komited memastikan semua kakitangan khususnya Bahagian Perkhidmatan mempunyai kefahaman dalam tatacara penggunaan AED yang betul. Oleh itu, PERPUSTAM telah memasang satu alat AED di ruang legar pintu masuk perpustakaan negeri. Hal ini bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk menggunakannya sekiranya berlaku situasi kecemasan.
Semoga pengisian kursus ini mampu memberi satu ilmu baharu kepada semua kakitangan yang terlibat sekiranya berlaku kecemasan, kakitangan mampu melaksanakan tugas sebagai penyelamat awal kepada mangsa sekaligus nyawa mangsa boleh diselamatkan.










