Pada tahun ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah membuka sebuah lagi Perpustakaan Masjid dengan menjalin kerjasama bersama pengurusan Masjid An-Nasuha, Rembia, Melaka.
Perpustakaan yang diberi nama Pustaka Mini Masjid An-Nasuha ini disediakan bagi membantu jemaah mendapatkan bahan bacaan, dengan harapan dapat menyemai minat membaca dan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat setempat.
Jom singgah, baca, dan seronokkan minda! 








