12 Ogos 2025 (Selasa) – Mesyuarat Penutup berkenaan Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 telah diadakan dengan jayanya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM, dan turut dihadiri oleh En. Khairul Azrin Bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka, bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negeri serta semua pegawai kanan PERPUSTAM.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan serta membincangkan hasil dapatan audit ke atas penyata kewangan PERPUSTAM, selain memastikan pematuhan terhadap piawaian pelaporan kewangan sektor awam dan tatakelola kewangan yang berintegriti.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Audit Negeri Melaka atas kerjasama dan panduan profesional yang diberikan sepanjang proses pengauditan dijalankan.









