Alhamdulillah
, program yang penuh manfaat dan semangat kekitaan ini telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Klebang.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah
YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah serta
Pengarah PERPUSTAM, YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris.
Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan komuniti setempat, selaras dengan usaha memperkasa budaya ilmu di peringkat akar umbi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini khususnya para peserta, guru-guru serta agensi yang sentiasa menyokong inisiatif komuniti membaca.








