12 Disember 2025 (Jumaat) – PERPUSTAM menerima kunjungan seramai 30 pelajar dan 6 pensyarah daripada Kolej Vokasional Kuala Krai bagi sesi lawatan pendidikan dan perkongsian ilmu.
Para peserta diberi pendedahan tentang peranan perpustakaan moden serta cara mengakses bahan bacaan digital seperti Zon Bacaan Digital PERPUSTAM, pencarian melalui WebOPAC, dan perkhidmatan U-Pustaka.
Mereka juga berpeluang melawat pelbagai ruang utama termasuk ruang bacaan, Koleksi Melaka, serta Perpustakaan Digital yang menjadi antara tarikan utama perpustakaan masa kini.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemudahan yang diperkenalkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dan pensyarah dalam pembelajaran serta tugasan akademik mereka.








