Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 dimeriahkan dan digegarkan dengan Pertandingan Jejak Maklumat iaitu satu program kemahiran pencarian maklumat dan ilmu dalam bentuk santai dan menarik.
Terima kasih kepada para pelajar dan juga guru pengiring serta sekolah atas penyertaan ini. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Semoga membawa sesuatu yang positif dalam penyertaan pertandingan ini.








