MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN PERPUSTAM
08 Oktober 2025 (Rabu) – PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Muhammad Asri bin Mohd Azman, Pembantu Pustakawan, atas segala jasa, sumbangan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau disini.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Encik Asri telah menunjukkan dedikasi yang tinggi, etika kerja yang cemerlang serta semangat kerjasama yang amat dihargai oleh seluruh warga kerja PERPUSTAM.
PERPUSTAM mengucapkan selamat maju jaya di tempat kerja yang baharu dan terus sukses dalam segala bidang yang diceburi.









