19 MEI 2025 | ISNIN
Majlis Perasmian Pelancaran Program NILAM 2025 SK Sri Laksamana telah berlangsung dengan penuh meriah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan budaya membaca dan peranan bahasa dalam pembentukan jati diri pelajar.
Pelaksanaan program ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya ilmu dan memperkukuh jati diri pelajar selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan inisiatif Melaka Membaca.








