PERPUSTAM menerima lawatan 7 orang Pegawai dan kakitangan Perpustakaan Al-Khawarizmi, Politeknik Merlimau Melaka bagi tujuan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan, perkhidmatan digital serta program literasi maklumat.
Program dimulakan dengan sesi penerangan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi dan Perkhidmatan Perpustakaan, diikuti lawatan sekitar perpustakaan yang mempamerkan kaunter perkhidmatan, ruang teknologi maklumat dan fasiliti digital moden.
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian berkunjung. Diharapkan lawatan ini memberi manfaat serta membuka ruang kerjasama dan perkongsian ilmu yang lebih erat pada masa hadapan.








