12 April 2025 | Sabtu
Majlis penuh warna-warni, gelak tawa dan rasa syukur, itulah yang dapat digambarkan sepanjang Majlis Apresiasi PERPUSTAM 2025 yang digabungkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024.
Kita raikan yang terbaik, kita eratkan silaturahim, dan kita hargai setiap titik peluh warga PERPUSTAM yang terus komited mencipta kecemerlangan.
Tahniah kepada penerima APC & terima kasih semua yang menjayakan majlis ini.
Terima kasih kepada YB Datuk Rosli Abdullah-ADUN Kuala Linggi, Pengerusi PERPUSTAM dan barisan Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM yang turut memeriahkan majlis ini








