ISNIN | 03 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Origami Baju bersama Abang Izzwan”
Sesi Petang : Aktiviti “Straw Idaman bersama Che Jun”
Suasana di PERPUSTAM kembali HAVOC
selepas cuti raya cina. Seronok bebenor ya adik-adik dapat bercuti panjang. Untuk pengisian slot aktiviti bersama abang Izzwan, adik-adik didedahkan dengan ilmu Origami tentang lipatan baju dengan menggunakan sehelai kertas. Manakala Che Jun pula telah membuat adik-adik tidak kering gusi dengan aktivitinya.
Semangat inilah yang kami mahukan daripada adik-adik. Ayuh teruskan semangat dan usaha sebegini untuk melalui aktiviti seterusnya nanti. Terima kasih diucapkan ! 








