YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan Exco Sains dan Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka sambil disaksikan oleh YB Datuk Rosli Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan yang memeriahkan majlis pada hari ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada peserta dan pengiring Pertandingan Mewarna, Pertandingan Jejak Maklumat, Bengkel Literasi Maklumat, Kursus Artificial Inteligence (Ai) dan Sesi Bedah Buku Bersama Mejar (B) Muhammad Qayyum A.Badaruddin.
Kepada pempamer yang mengambil bahagian iaitu Bernama, Edu Apps, Casamas, Fargoes dan Popular terima kasih atas penyertaan dan sokongan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua rangkaian PERPUSTAM, agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah-Sekolah, Tadika dan semua pihak yang menyertai serta menyokong program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat negeri Melaka bagi tahun 2025.
Semoga kita bersua kembali pada program tahun hadapan.








