Warga PERPUSTAM dan pengunjung turut menyertai Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 sepanjang bulan Oktober 2025.
Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif, serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kempen Jom Baca 10 Minit secara serentak ini telah masuk minggu yang ketiga sepanjang bulan Oktober 2025 bermula di antara jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dan ia turut diadakan di seluruh rangkaian PERPUSTAM.









