PESTA BUKU MELAKA 2025
MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU MELAKA 2025
Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.
Dalam majlis tersebut turut diluncurkan Buku Siri Celik Budaya terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) : Pengembaraan Tok Gulin & Cik Rai meneroka lagu-lagu rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.
Semoga Pesta Buku Melaka 2025 terus menyemarakkan semangat membaca dan memperkasa industri buku tanah air.









