JUMAAT | 31 JANUARI 2025
Sesi Pagi : Great Pizza Topping
Sesi Petang : Peka ke tidak?
Hari ini PERPUSTAM melihat kreativiti adik-adik kita yang terserlah. Keseronokan dan senyuman adik-adik memeriahkan aktiviti cuti sekolah. Adik-adik dapat mengisi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah. Bakat perlu diasah, minda perlu dikerah supaya adik-adik kita kekal cergas dan aktif, tidak hanyut dengan dunia maya semata-mata.
Pelbagai aktiviti menarik lain yang akan berlangsung di PERPUSTAM sepanjang cuti sekolah ini, yang boleh menjadi kenangan di hati, cerita di mulut dan tulisan tangan di kertas serta media sosial adik-adik kita. Terima kasih juga jadikan PERPUSTAM sebagai destinasi pilihan cuti sekolah. Jumpa di lain aktiviti!








