DIY Flying Airplane
Thursday, 2026
Adik-adik perlu mencipta kapal terbang menggunakan kertas warna yang disediakan serta menghiaskannya. Lipatan kapal terbang diajar oleh Abang Aiman. Setelah lipatan kapal terbang siap, adik-adik perlu menerbangkan kapal terbang tersebut dengan tiupan menggunakan straw. Aktiviti ini serba sedikit mengasah kreativiti adik-adik dalam penciptaan kapal terbang kertas.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Bola Dalam Bekas Telur
Thursday, 2026
Adik-adik perlu menggerakkan bola-bola yang telah disusun dalam lubang bekas telur tanpa mengalihkannya dengan tangan. Cara bermainnya ialah bola perlu dilompatkan ke barisan lubang telur di sebelahnya dengan cara mendulang. Sekiranya bola tidak berada dalam barisan yang sama, termasuk ke lubang lain, atau terkeluar daripada bekas, bola tersebut perlu disusun semula ke lubang asal. Ia perlu diulang sehingga semua bola berjaya dipindahkan ke lubang sebelah dalam barisan yang sama.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
DIY Kolaj
Thursday, 2026
Pagi ini, adik-adik kita mengikuti aktiviti DIY Kolaj, merujuk kepada aktiviti seni di mana seseorang mencipta imej atau karya seni dengan memotong dan menggabungkan pelbagai bahan seperti kertas, majalah, gambar, dan tekstil, kemudian melekatkan bahan-bahan tersebut pada permukaan untuk menghasilkan satu komposisi baru. Faedah aktiviti DIY Kolaj meningkatkan kreativiti, terapi seni, pembelajaran visual dan menggalakkan penggunaan semula bahan-bahan terpakai.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Cawan Piramid
Thursday, 2026
Cawan Piramid merupakan satu permainan yang melibatkan adik-adik menyusun cawan-cawan plastik sehingga membentuk sebuah piramid. Dalam aktiviti ini, setiap peserta perlu menyusun cawan dengan pantas dan kemas mengikut susunan yang betul. Peserta yang berjaya menyiapkan piramid cawan dalam masa paling singkat akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah dapat mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan adik-adik.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM berbesar hati menyertai pameran sempena Program STI MADANI: Robotech Challenge Peringkat Negeri Melaka 2025 yang menghimpunkan pelajar dari pelbagai sekolah terpilih.
Pelbagai Perkhidmatan Digital telah dipamerkan termasuk u-Pustaka : u-Library, Zon Bacaan Digital, Grolier Super Reader serta aktiviti interaktif seperti AR, VR dan permainan berasaskan robotik yang menarik minat para pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Semoga pameran ini memberi pendedahan positif dan menyemai minat pelajar terhadap perpustakaan dan dunia ilmu.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti, Uncategorised
My Bookmark
Monday, 2026
Sesi pagi hari ini, adik-adik kita membuat bookmark. DIY Bookmark ialah aktiviti menghasilkan penanda buku secara sendiri menggunakan kreativiti dan bahan yang mudah diperoleh, seperti kertas, kad manila, reben atau warna. Aktiviti ini adik-adik bebas mengikut idea sendiri.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan Sambil Belajar Tabika Q-Dees Krubong Jaya
Monday, 2026
Menjelang penutup tirai tahun 2025, PERPUSTAM menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Tabika Q-Dees Krubong Jaya. Lawatan ini berlangsung dalam suasana ceria dan semangat kegembiraan. Para peserta diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti:
Kehadiran gelak tawa dan wajah ceria anak-anak menjadikan lawatan ini satu pengalaman yang bermakna. Terima kasih atas kunjungan yang istimewa ini. Diharapkan memori indah ini dapat menyemai minat dan semangat untuk terus meneroka dunia pembelajaran.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Hot Air Ballon
Monday, 2026
Dalam aktiviti Hot Air Balloon ini, adik-adik akan menggunakan belon dan cawan kertas untuk menghasilkan sebuah model “belon udara panas” yang menarik. Adik-adik perlu mencantumkan belon dengan cawan kertas dengan kemas. Setelah siap, adik-adik bebas menghias belon udara panas masing-masing mengikut kreativiti sendiri menggunakan pelbagai warna, corak dan hiasan yang menarik. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada adik-adik untuk meneroka idea dan imaginasi mereka secara bebas.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Susun Sebelum Jatuh
Monday, 2026
Sesi pagi ini, adik-adik kita bermain “Susun sebelum jatuh”. Cara bermain aktiviti ini adik-adik perlu melambungkan belon ke udara. Semasa belon masih terapung dan belum mencecah lantai, adik-adik perlu menyusun semua cawan secara bertindih dengan pantas. Sekiranya belon jatuh dan menyentuh lantai, adik-adik mesti berhenti menyusun cawan. Peserta yang berjaya menyusun semua cawan bertindih sebelum belon jatuh akan dikira sebagai pemenang.
Aktiviti ini dapat melatih koordinasi mata dan tangan, menggalakkan fokus dan tumpuan, melatih kepantasan dan kecekapan berfikir, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Monkeyball
Monday, 2026
Untuk sesi petang hari ini, siapa pernah main bola beracun? Bola beracun ialah permainan yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Permainan ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal kerana pemain perlu banyak bergerak, berlari, melompat dan mengelak bola. Bola beracun juga membantu melatih kepantasan, koordinasi mata, tangan, serta refleks. Dari segi sosial, permainan ini menggalakkan kerjasama dalam pasukan dan mengeratkan hubungan persahabatan. Ia membantu mengurangkan tekanan dan mengisi masa lapang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














