26 JANUARI 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan daripada 32 pelajar dan 5 tenaga pengajar Kolej Vokasional Perak. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu, rujukan dan pembelajaran digital.
Sepanjang lawatan, para peserta telah mengikuti beberapa pengisian menarik merangkumi Tayangan Video Korporat PERPUSTAM, penerangan berkaitan Pangkalan Data U-Pustaka & Zon Digital PERPUSTAM, serta lawatan berpandu ke seluruh Perpustakaan Awam Melaka termasuk Perpustakaan Digital.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat serta menambah pengetahuan dan pengalaman baharu kepada para pelajar dalam memanfaatkan kemudahan perpustakaan secara optimum.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Perak atas kesudian mengadakan lawatan pada hari ini.








