PERPUSTAM telah mengadakan Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang pada 5 Februari 2026 bertempat di Dewan Tuah, PERPUSTAM. Program dimulakan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Ikrar Bebas Rasuah yang disertai oleh semua Warga PERPUSTAM.
Program ini turut diserikan dengan penyampaian amanat oleh YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM, serta Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan sesi meraikan warga PERPUSTAM yang menyambut bulan kelahiran bagi bulan Januari dan Februari, serta penyampaian penghargaan kepada wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) penggal yang lalu atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan.
Semoga penganjuran program ini dapat mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kerjasama dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan seluruh warga PERPUSTAM di semua rangkaian perpustakaan.









