Hari Deepavali 2024
Friday, 2024
Seluruh Warga Kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Melaka yang beragama Hindu.
Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada anda semua.
” “
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Friday, 2024
Kepada pengguna perpustakaan yang dihormati,
Perpustakaan Negeri akan DITUTUP pada 31 Oktober 2024 (Khamis) sempena Cuti Umum Hari Perayaan Deepavali 2024.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
PERPUSTAM turut mengambil bahagian di Karnival ini sebagai Pempamer Agensi. Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka dan Japerun Ayer Molek yang menjemput PERPUSTAM pada karnival ini yang diadakan pada 26 Oktober 2024 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang bertempat di JAPERUN Ayer Molek
Selaku pempamer, PERPUSTAM menyediakan Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library, Zon Bacaan Digital, Keahlian PERPUSTAM, Permainan Interaktif seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta Pameran dan Jualan Buku.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjungan dari Tabika Kemas Barkah Penghulu Jabar
Friday, 2024
PERPUSTAM telah diceriakan dengan kehadiran adik-adik dari Tabika Kemas Barkah Penghulu Jabar yang dihadiri seramai 45 orang murid dan 10 orang guru. Pada sesi lawatan ini, adik-adik disajikan dengan aktiviti Bercerita bersama Kak Emy, Kuiz, Menari bersama dan Permainan Interaktif.
Terima kasih adik-adik comel kerana sudi bertandang ke PERPUSTAM. Semoga adik-adik seronok dan gembira sepanjang lawatan ini berlangsung serta menimba pengalaman baru.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM telah menyertai Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berlangsung pada 23 hingga 24 Oktober 2024 bertempat di Pusat Pembelajaran Bahasa, UTeM.
Selaku pempamer, PERPUSTAM menyediakan Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library, Zon Bacaan Digital, Keahlian PERPUSTAM, Permainan Interaktif seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta Jualan Buku.
Terima kasih kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas jemputan. Semoga para pelajar dapat sedikit informasi berkaitan perkhidmatan yang disediakan di PERPUSTAM serta menjadikan perpustakaan sebagai lokasi pencarian sumber maklumat yang utama.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Program MCMC Microsoft AI TEACH
Friday, 2024
Kerajaan Melaka bersama MCMC, dan Microsoft Malaysia dengan kerjasama PERKESO, MyFutureJobs, MICTH, UTEM, MMU, BTMK, Kolej Komuniti Jasin, UITM dan PERPUSTAM bagi melaksanakan Program MCMC Microsoft AI TEACH untuk mempersiapkan warga Melaka menghadapi cabaran Kecerdasan Buatan (AI) serta meningkatkan kemahiran rakyat, 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Usai Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang, telah diadakan Mesyuarat Agung Kelab Sosial dan Kebajikan Kakitangan (KSKP) kali ke-28 bertempat Dewan Tuah, PERPUSTAM. Pelbagai agenda dibincangkan antaranya pembentangan Minit Mesyuarat Agung KSKP kali ke-27, undian calon kepimpinan baru KSKP dan cadangan usul yang dibangkitkan oleh ahli KSKP.
PERPUSTAM mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan baru KSKP yang dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang 2024
Thursday, 2024
PERPUSTAM telah mengadakan Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang 2024 bertempat di Dewan Tuah, PERPUSTAM.
Program disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan turut dihadiri oleh Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Semoga program ini mampu menjadi penghubung dan merapatkan jalinan Ukhwah seluruh warga kerja dari seluruh rangkaian perpustakaan.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM telah menyertai karnival ini sebagai pempamer agensi yang berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Japerun Kuala Linggi.
Dalam pameran ini, PERPUSTAM membuat pameran Perpustakaan, Zon Bacaan Digital PERPUSTAM, perkhidmatan u-Pustaka : u-Library dan perkhidmatan Interaktif seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta BookR.
Perpustakaan Zon Masjid Tanah turut sama-sama memeriahkan karnival dengan mengadakan aktiviti teka berat dan muka surat buku, “bottle flip”, “balloon challenge”, “funniest straw” serta susun & teka
Terima kasih kepada Japerun Kuala Linggi atas jemputan.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Sudut Tuan Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Thursday, 2024
Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke PERPUSTAM bagi melihat Sudut Tuan Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Kehadiran Tun Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob disambut oleh YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Sudut Bacaan yang terletak di aras 1, Perpustakaan Negeri telah diwujudkan atas idea Tun sendiri pada tahun 2015 dan menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk rujukan dan bacaan masyarakat di negeri Melaka.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti














