19 DISEMBER 2024 | KHAMIS
Sebelum musim persekolahan tahun 2024 melabuhkan tirainya, pihak SMK Ayer Molek tidak melepaskan peluang membawa pelajar-pelajar pendidikan khas mengunjungi PERPUSTAM. Kunjungan ini disertai seramai 36 orang pelajar diiringi 8 orang guru.
Ternyata para pelajar tidak tersalah alamat dengan memilih PERPUSTAM sebagai lokasi utama lawatan kerana pelbagai aktiviti menarik dihidangkan antaranya persembahan boneka, kuiz spontan, sesi bercerita bersama Kak Natasha yang bertajuk ‘Hentikan Buli’, lawatan berpandu dan permainan interaktif.
Lihatlah pelbagai celoteh dan mimik muka tanda keterujaan mereka ketika sesi lawatan berlangsung.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Ayer Molek atas kunjungan ini. Semoga pengalaman yang para pelajar lalui disini mampu menjadi titik permulaan untuk mereka hadir ke perpustakaan di masa akan datang.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
Hari Kanak-Kanak Tahun 2024
Wednesday, 2025
18 DISEMBER 2024 | RABU
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran bersempena Hari Kanak-Kanak Tahun 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar, Melaka.
PERPUSTAM telah menyediakan Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library , Zon Bacaan Digital, Keahlian PERPUSTAM, BookR Class, Permainan Interaktif seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta Jualan Buku.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini. Semoga pengalaman yang murid-murid rasai harini mampu melahirkan perasan minat untuk hadir ke perpustakaan.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
NOTIS MAKLUMAN
Wednesday, 2025
Adalah dimaklumkan perkhidmatan pangkalan data e-pembelajaran u-Pustaka iaitu I-LEARN ACE dan TUTOR INFINITI dihentikan perkhidmatannya sementara waktu sehingga dimaklumkan semula.
Segala kesulitan amatlah dikesali
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
13 DISEMBER 2024 | JUMAAT
Pada hari ini, PERPUSTAM telah menyambut kedatangan adik-adik dari Pasti Little Ameer Taman Peringgit Jaya yang disertai seramai 48 murid dan 7 guru pengiring.
Sepanjang berada di PERPUSTAM, adik-adik dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan boneka, kuiz, sesi menari bersama, sesi bercerita bersama Abang Fikri yang bertajuk ‘Harimau Memusuhi Kucing’ dan permainan interaktif.
Terima kasih atas kesudian memilih PERPUSTAM sebagai lokasi pilihan untuk mengisi sesi pembelajaran adik-adik.




- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Sesi latihan mengenai tatacara penggunaan u-Pustaka
Friday, 2024
12 DISEMBER 2024 | KHAMIS
Satu sesi latihan mengenai tatacara penggunaan u-Pustaka telah diadakan bertempat di PERPUSTAM yang melibatkan kakitangan Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan juga kakitangan dari PNM.
Sesi latihan ini menerangkan lebih terperinci tentang penggunaan Tagging Module, Interlending Module dan System Admin.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kursus Penggunaan Automated External Defibrillator (AED)
Thursday, 2024
10 DISEMBER 2024 | SELASA
PERPUSTAM telah mengadakan satu Kursus Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) kepada semua kakitangan Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan bertempat di Dewan Tuah. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ikmal Hijaz daripada Syarikat ALTICA.
PERPUSTAM komited bagi memastikan semua kakitangan khususnya Bahagian Perkhidmatan mempunyai kefahaman dalam tatacara penggunaan AED yang betul. Untuk pengetahuan semua, PERPUSTAM telah memasang satu alat AED di ruang legar pintu masuk perpustakaan negeri. Hal ini bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk menggunakannya sekiranya berlaku situasi kecemasan.
Semoga pengisian kursus ini mampu memberi satu ilmu baharu kepada semua kakitangan yang terlibat sekiranya berlaku kecemasan, kakitangan mampu melaksanakan tugas sebagai penyelamat awal kepada mangsa sekaligus nyawa mangsa boleh diselamatkan.




- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Selangor International Book Fair (SIBF) 2024
Thursday, 2024
PERPUSTAM mengucapkan ribuan terima kasih & tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atas jemputan untuk bersama-sama mengadakan aktiviti bersempena penganjuran Selangor International Book Fair (SIBF) 2024 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan pada masa akan datang. Ayuh semua, kita sama-sama gegarkan Selangor International Book Fair (SIBF) 2024 tahun ini!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjungan daripada Madrasah Tahfiz Fathur Rahman
Thursday, 2024
28 NOVEMBER 2024 | KHAMIS
Pada hari ini, PERPUSTAM telah menyambut kedatangan adik-adik dari Madrasah Tahfiz Fathur Rahman yang disertai seramai 38 murid dan 4 guru pengiring.
Sepanjang lawatan, adik-adik diperkenalkan dengan pelbagai koleksi buku dan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. Selain itu, adik-adik juga disajikan dengan aktiviti menarik seperti Pameran Interaktif dan Kuiz Spontan.
Terima kasih kepada pihak madrasah atas kesudian memilih PERPUSTAM sebagai lokasi lawatan sambil belajar. Semoga segala informasi yang dikongsikan sepanjang lawatan ringkas ini dapat memberi pendedahan yang bermanfaat kepada adik -adik sekaligus memberi impak yang positif untuk mendorong mereka mencintai buku dan mencari ilmu tanpa henti.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjungan daripada Tadika Pasti SRITI Al-Fattah
Thursday, 2024
26 NOVEMBER 2024 | SELASA
Pada hari yang indah ini, PERPUSTAM telah dikunjungi oleh sekumpulan adik-adik comel dari Tadika Pasti SRITI Al-Fattah. Kunjungan ini disertai seramai 23 orang murid dan 3 orang guru pengiring.
PERPUSTAM memberi ruang dan peluang kepada adik-adik untuk mengenali dengan lebih dekat tentang dunia buku dan membaca melalui aktiviti yang menyeronokkan antaranya Persembahan Boneka, Kuiz Spontan, Sesi Bercerita, Menari bersama dan Permainan Interaktif sekaligus mereka boleh belajar banyak perkara baru disini.
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjadi pengunjung yang hebat! PERPUSTAM berharap adik-adik teruja untuk terus belajar dan membaca lebih banyak buku selepas lawatan ini.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjungan Daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Thursday, 2024
19 NOVEMBER 2024 | SELASA
PERPUSTAM merakamkan ucapan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang atas kesudian mengunjungi perpustakaan yang disertai seramai 40 murid dan 4 guru pengiring.
Lawatan ini dimampatkan dengan pengisian aktiviti yang merangsang minda murid-murid yang hadir antaranya Sesi Taklimat Perpustakaan, Kuiz Spontan, Lawatan Berpandu dan Permainan Interaktif.
PERPUSTAM berharap semoga murid-murid gembira dan terhibur sepanjang lawatan ini dijalankan sekaligus menimbulkan perasaan cinta dan minat untuk menjadikan perpustakaan sebagai destinasi utama sempena cuti sekolah nanti.
Ada masa, kita jumpa lagi ya semua. PERPUSTAM sentiasa menantikan kehadiran anda semua.




- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti














