Berita baik untuk orang Melaka!!
Biasakan lalu depan Perpustakaan Negeri di Bukit Baru dan mesti tertanya-tanya bangunan baharu apa yang cantik tu. Bangunan ni berada betul-betul di laluan pintu masuk ke Perpustakaan Negeri. Hah!! itulah bangunan perpustakaan yang berkonsepkan Perpustakaan Digital.
Perpustakaan Digital ini akan mula dibuka kepada orang ramai mulai 1 Februari 2024. Kat sini ada wifi, Komputer dan tablet. Nak akses bahan digital dan pangkalan data pun boleh. Semuanya percuma untuk ahli perpustakaan. Lupa lak nak bagi tau, kat dalam bangunan ni juga akan ada kafe yang bakal beroperasi tak lama lagi. Boleh lah melayari internet dan buat tugasan sambil bersantai.
Mari ler orang Melaka berkunjung ke Perpustakaan Digital PERPUSTAM.