![]()
@ : AKTIVITI CUTI SEKOLAH![]()
![]()
Aktiviti cuti sekolah diteruskan lagi dengan pelbagai pengisian kreatif yang memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan imaginasi dan bakat masing-masing. Mewarna dan melukis, yang bukan sahaja menyeronokkan malah membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata, keyakinan diri dan ekspresi emosi.
Pada sebelah petang pula, suasana menjadi lebih meriah dengan pelbagai aktiviti santai dan mencabar. Permainan Bawa Bola Dalam Sudu yang menguji fokus dan keseimbangan, serta permainan Rebut Kerusi yang menceriakan suasana dengan gelak tawa dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.








